Pakaian Wanita Tarim

 

Pakaian semua mereka hanya satu warna sahaja iaitu HITAM
kezuhudan adalah lambang mereka kebanggan mereka para wanita ahlu tarim

mereka berjalan diatas muka bumi ibarat gagak tiada lubang mata yang dapat melihat warna mata mereka
dilindungi setiap inch tubuh mereka dengan khimar alislami 

disana ada pasar khas majlis khas perkumpulan khas yang membezakan tempat lelaki dan perempuan sama sekali tidak akan bercampur majlis mereka
jika berkumpul didalam majlis.. adabnya para wanita yang sudah berkahwin akan membuka niqab dan melipat khimar mereka dilihat wajah dikenali orang 
manakala anak dara akan membuka khimar tetapi membiarkan dengan niqab itu antara cara mereka boleh available sedia dipinang

Wanita Tarim sebelum menikah sangat lah terjaga. mereka jauh dari kemaksiatan, walau ketika mereka berada di rumah mahupun diluar rumah.
khudaij mashaallah berkesempatan duduk didalam dar azzahra hampir 4 tahun bersama mereka sangat muhtarim terpelihara

Adab yang khudaij belajar dengan hubaba ummu salim iaitu isteri kepada Habib umar hafizahullah
sebagai pelajar agama ata muslimah yang cintakan Allah dan rasul hendaklah memulakan pakaian didalam abaya dengan seluar panjang dan baju sarung lengan panjang biasanya mereka pakai material yang sangat sejuk didalam atau pakaian kita kat malaysia ni dipanggil kelawar lengan panjang seterusnya barulah disarungkan abaya hitam yang labuh meleret ke tanah

dulu khudaij pelik jugak kenapa mereka suka pakai abaya labuh ketanah rupanya kerana malunya mereka ketika berjalan diatas pasir akan ada kesan tapak kaki mereka maka abaya akan menghilangkan kesan tapak kaki mereka..masa tu nak nangis kejap hikmah dari sifat haya' mereka kepada Allah

diatas kepala akan dililitkan shawl dililit dan selitkan ditepi pipi tanpa sebarang pin dan mengambil masa yang lama untuk siap
diatas nya barulah niqab dan khimar alislami yang mereka akan gunakan seluruh veil untuk tutup hatta biji mata mereka

kasut mereka flat tak sesuai heels mungkin kerana ditarim kebanyakan jalan berbatu dan berpasir indahnyaaa melihat wanita tarim terpelihara dan memelihara

bila diluar mereka akan menjaga suara mereka tidak kedengaran oleh ajanib ada keadaan mendesak bercakap mereka akan memasukkan kain niqab kedalam mulut mereka bagi menghilangkan merdu suara terjelas.. anak dara tidak sekali peluang untuk bercakap dengan lelaki ajanib 

jika didalam majlis keraian majlis perkahwinan mereka akan berhias secantik mungkin dan mendandan sepuas mungkin bagai pengantin seharian
ini semua kepuasan keseronokan pada hari tersebut dan sesuai dengan kepuasan wanita dalam kecantikan betul kan...wanita dan perhiasan sukar dipisahkan namun adakah perhiasan itu kita hidangkan pada yang selayaknya atau pada sesiapa sahaja yang boleh menikmatinya 

Allahu alam hanya kerinduan menggamit memori setiap perkataan khudaij terbayang keindahan bersama mereka
moga Allah ambil nyawaku dan jasadku disemadikan ditarim sebagai lambang cinta abadi ku pada makmurnya kota ini

love
khudaij alosmany