Siapa Itu Wanita Tarim

Bila menulis tentang mereka apa yang terbayang dipandangan mata khudaij sejak mengenali peribadi mereka hampir 10 tahun lepas adalah SIFAT HAYA' 
iaitu rasa malu dan taqwa kepada Allah swt yang teramat sangat 
Malu yang menjadikan mereka sangat mulia dan dimuliakan oleh seluruh penduduk bumi ini 

Subhanallah moga Allah kekalkan pelihara keadaan mereka inshaallah

Mengenali peribadi mereka yang tersangat jauh dan beza dengan seluruh wanita didunia ini
santun mereka adab mereka akhlaq mereka fikir risau mereka semuanya menonjolkan kemuliaan Martabatnya seorang wanita muslimah dalam islam

Seperti dimalaysia kebanyakan kita ada idola yang diagungkan begitulah seluruh wanita ditarim mengidolakan sosok wanita ketua Syurga 
SAYYIDAH FAATIMAH RADHIALLAHU ANHA disetiap amalan kehidupan mereka, 
Bukan sahaja bangga menjadi idola malah cinta itu di buktikan dengan setiap langkah perbuatan.

pergaulan mereka sangat terhad tiada media sosial dan talian television kebanyakan masa mereka banyak sekali untuk mengajar dan belajar agama 
selain itu berkhidmat sebagai rabbaitul bayt ketua segala urusan keluargaan didalam rumah

Keadaan mereka dibesarakan dalam linkungan orang alim ulama' pencinta ahlul bayt keturunan Nabi saw
Perbualan siang dan malam mereka tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf ahkam fiqh dan seumpamanya

Sejak kecil mereka di didik membaca Al-Quran oleh orang tua. Terdidik dengan akhlak yang mulia.
Music hiburan mereka adalah qasidah yang mengasyikkan menambahkan kecintaan keagungan kepada Nabi saw pada setiap bayt ada rindu yang dipendamkan

Bila bercakap dengan mereka pasti akan terkeluar perkataan SOLLU ALA ANNABIY disetiap hela perkataan
dan dijawab dengan selawat yang manis penuh agung dilidah lidah mereka dan mengalir kedalam darah


Mereka hidup tanpa kenal idola selain Sayyidah Faatimah r.anha, tidak kenal kebiadapan, tidak kenal wajah orang fasiq
bahkan para wanitanya tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.

Apabila tiba saat dinikahkan ditanya pada isteri " Bagaimanakah keadaannya saat awal berjumpa? " 
Ia menjawab " Saya bingung, seumur hidup saya belum pernah melihat lelaki selain saudara kandung saya, dan sekarang ini ada lelaki asing duduk di kamar saya. "
Begitulah keadaan mereka. MashaAllah, cukup terpelihara dan terjaga.

Ditarim banyak kita jumpai Para wanitanya selama hidup hanya 3x keluar rumah ;
Pertama disaat masa kanak-kanak
Kedua disaat mereka pindah kerumah suaminya
Ketiga saat menuju kuburan (meninggal dunia)

Itu menandakan kesempurnaan mereka dipelihara oleh para rijal mereka
Dan jika mereka ada urusan Harus keluar dari rumah mereka seolah gagak hitam diselubungi pakaian kezuhudan 
Keberkahan dan keistimewaan mereka tersembunyi dibalik pakaian kezuhudan.

Apabila diluar mereka sangat malu untuk melalui jalan  yang ada lelaki. jika ada, mereka akan memilih jalan lain atau menjauh sejauh-jauhnya
dari terlihat kelibat mereka walau sudah terlindung disebalik khimar alislami 

Selain itu mereka juga Merasa Aib jika ada para AJANIB yang mengenal dan memanggil nama mereka jika keadaan memaksa mereka akan menggunakan laqab atau kuniyyah sebagai pelindung nama sebenar mereka seperti malunya mereka dari disebut nama oleh para ajanib mereka juga tidak akan menyebut nama para ajanib melainkan dengan kuniyah dan laqab juga

Setiap keadaan mereka ada siwak dipoket atau dibawa kemana sahaja bersedia bersiwak untuk solat atau berwudhu atau memulakan majlis belajar atau mengajar tidak pernah tertinggal sekali pun sentiasa dibawa seolah barangan penting 

kelibat mereka diluar hanya satu pakaian tidak pernah berubah benar benar mencontohi sayyidah Fatimah r.anha


ANTARA YANG KHUDAIJ KENAL KESEBANYAKAN MEREKA PUNYAI SIFAT 

1. Sederhana pada dunia
2. Memiliki rasa malu kepada Allah
3. Menjaga pandangan dan tidak dipandang
4. Menutup aurat dengan sempurna
5. Menjaga lisan
6. Menikah dengan mahar mudah dan tidak memberatkan pihak lelaki
7. Marah mereka adalah DOA yang baik baik
8. Menangis kerana Allah atau ketika maulid kalam habib
9. Banyak mendo'akan kebaikan orang lain selalu cakap mashaallah
10. Selalu berdzikir, bersolawat dalam setiap keadaan.